Dalam begitu banyak pilihan, Laozi yang masih bayi itu telah memilih untuk menyusu kepada Puan Laolai yang berumur lebih 40 tahun, seorang pendatang baru yang kehilangan bayi perempuannya. Dengan demikian, Laozi diambil oleh Puan Laolai sebagai anak angkatnya.
Pasangan suami isteri Laolai yang mengambil Laozi sebagai anak angkatnya, memberikan nama Li Er kepada Laozi ketika beliau masih bayi lagi, kerana nama keluarga ayah Laozi adalah Li, dan "Er" itu bermaksud telinga dalam bahasa Mandarin. Laozi mempunyai sepasang telinga yang agak besar dan menonjol.
Di kampung halaman Laozi, beliau pada awalnya dikenali sebagai Laolaizi karena ayah angkatnya bernama Laolai. Akhirnya, beliau disebut Laozi yang "Lao" itu bermaksud "tua" dan "panjang umur" kerana Laozi memang memiliki umur yang panjang, tambahan lagi beliau telah menghasilkan sebuah buku yang kebetulan berjudul "Laozi".
Menurut ceritanya, Laozi sangat cerdas, pintar, baik hati dan berminat belajar sejak kecil lagi. Beliau mengikut sekolah Guru Chang Cong untuk belajar padanya. Guru Chang Cong tinggal di Changjiapo yang terletak kira-kira 10 kilometer jauhnya dari rumah Laozi.
Laozi selalu memilih duduk di barisan terdepan semasa mengikuti sekolah. Apabila selesai makan makanan untuk tengah hari yang dibawanya sendiri dari rumah, Laozi pastinya berlari ke satu kawasan hutan kecil yang berdekatan dengan bangunan sekolahnya untuk berlatih mendeklamasikan karangan dan puisi. Itulah sebabnya, beliau digelar oleh teman sekolahnya sebagai "Gila Belajar."
Terdapat seorang teman sekolah Laozi yang bernama Du Jie. Beliau begitu sombong dengan kecerdasannya dan menggelar dirinya sebagai "Pelajar yang tercerdas". Memandangkan Laozi yang selalu mencapai hasil yang memuaskan dalam persekolahannya, Du Jie meminta gurunya supaya mengatur suatu pertandingan antara dia dengan Laozi, dalam mendeklamasikan karangan dan puisi.
Pada masa itu, semua karangan, puisi atau sebuah buku diukirkan di atas kepingan buluh. Pada pusingan pertama pertandingan tersebut berlangsung, Du Jie berjaya mendeklamasikan karangan dan puisi sebanyak 26 keping buluh, sementara Laozi berhasil mencapai 29 keping. Setelah itu, sebelum bermulanya pertandingan pusingan kedua, Du Jie merasa agak gemetar dan bertekad untuk sedaya upayanya untuk mengalahkan Laozi. Jika gagal pada kali ini, maka beliau akan mengatakan kepada teman-teman sekolahnya bahawa beliau tidak mau hidup lagi. Salam kebajikan
Bersambung ke : Bagian 3
Tidak ada komentar:
Write komentar