Konon, watak dan cara hidup Laozi (老子) memang luar biasa. Menurut catatan sejarah (Shi Ji), Laozi dikatakan dapat
hidup sehingga 160 tahun, malah juga dikatakan lebih dari 200 tahun.
Hal ini disebabkan karena beliau pandai mengendalikan latihan tenaga dalam dan memupuk sikap hidup yang santai sehingga kesehatannya terjaga dengan baik.
Cerita tentang umurnya yang begitu panjang mungkin sudah dibesar-besarkan, tetapi Laozi memang sudah terbukti pandai menjaga kesehatan dan dari cara hidupnya dilihat memang memungkinkan untuk mengekalkan umur yang panjang.
Ada legenda yang memberikan gambaran yang hidup tentang Laozi ketika berusia 50-an, yaitu menunggang lembu yang berwarna hijau, memakai jubah yang berwarna kuning muda dan tali pinggang berwarna putih, dengan wajah matang, alis dan rambutnya sudah menjadi putih. Imej peumpamaan itu seperti seorang Dewa panjang umur, jika mengikut cerita-cerita yang dikisahkan dalam kesusasteraan tradisi China.
Pada zaman Dinasti Sui, terdapat seorang penganut agama Tao yang bernama Wang Zhiyuan yang meramalkan bahwa Dinasti Sui akan digantikan dengan Dinasti Tang. Memandangkan nama keluarga bakal raja pertama Dinasti Tang itu bermarga Li, yaitu Li Yuan, maka Wang Zhiyuan pun mulai memuji dan mengampuh Li Yuan dengan menceritakan bahawa pengasas ajaran Tao adalah Li Er, untuk menunjukkan bahwa mereka berdua mempunyai nama keluarga yang sama, iaitu Li.
Pada tahun 617 Masehi, Li Yuan telah membawa tenteranya untuk menyerang Huoshan, tetapi tergendala akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti. Setelah mendengar berita itu, Wang Zhiyuan pun mengatur seorang "Utusan Dewa Baiyi" untuk memberitahu Li Yuan tentang tarikh hujan akan berhenti, malah laluan yang patut diikutinya untuk melancarkan serangan.
Tidak lama setelah itu, Li Yuan mencapai kemenangan besar dengan bantuannya itu, Wang Zhiyuan segera menyebarkan sebuah kabar yang katanya diperolehi daripada seorang Dewa Yaitu, "Kau akan menerusi negara ini pada masa depan."
Dengan demikian, Li Yuan dan anak-anaknya turut menjadi raja seorang demi seorang, mereka bersama-sama menyembah Laozi sebagai nenek moyang bagi keluarga mereka.
Pada tahun 666 Masehi, Raja Gaozong mengeluarkan titiah untuk memberikan gelaran "Raja Tai Shang Xuan Yuan" kepada mendiang Laozi. Di samping itu, baginda juga mengeluarkan perintah supaya agama Tao diberi kedudukan yang lebih tinggi daripada agama Buddha.
Pada tahun 674 Masehi, Ratu Wuzetian pula menitahkan supaya kitab
"Tao Te Ching", "Kitab Xiao" (ajaran tentang bersopan santun dan berbudi
bahasa kepada ibu bapa) serta "Lun Yu" (sebuah karya yang terkenal yang
dihasilkan oleh Konfusius) menjadi subjek yang digunakan dalam ujian
untuk memilih calon pegawai.
Selepas itu, Raja Ruizong juga membuat keputusan untuk menjadikan dua orang puterinya biarawati agama Tao, lalu menitahkan supaya dibina dua biara yang megah, iaitu Jinxian dan Yuzhen untuk didiami oleh mereka.
Pada tahun 733, Raja Xuanzong menitahkan supaya setiap keluarga mesti memiliki kitab "Tao Te Ching". Baginda menghasilkan penjelasan yang terperinci terhadap setiap ayat dalam kitab tersebut sebagai tanda menghormati ajaran Tao.
10 tahun selepas itu, baginda menitahkan untuk memberikan gelaran yang lebih tinggi kepada Laozi, iaitu "Maharaja Sheng Zu Xuan Yuan" dan sebagainya. Kedudukan Laozi dan agama Tao ditingkatkan ke satu tahap yang begitu tinggi yang tidak pernah ada sebelum itu.
Pada hakikatnya, perintah dan tindakan seumpama itu yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa pada masa itu hanyalah bertujuan untuk membodohkan rakyat dan melemaskan pemikiran mereka supaya dapat mengukuhkan pemerintahan masing-masing.
Jika anda merasa artikel ini bermanfaat, maka anda dipersilahkan untuk mencetak dan mengedarkan semua artikel yang dipublikasikan pada Blog Kebajikan ( De 德 ) ini. Mengutip atau mengcopy artikel di Blog ini harus mencantumkan Kebajikan ( De 德 ) sebagai sumber artikel.

Tidak ada komentar:
Write komentar