KEBAJIKAN ( De 德 ) - Laozi (老子) dilahirkan pada tahun pertama pemerintahan Raja Ling pada zaman Dinasti Zhou, yaitu tahun 571 sebelum Masehi, 20 tahun lebih awal daripada kelahiran Kongzi yang juga dikenali sebagai Konfusius. Waktu meninggalnya pula lebih lama daripada Konfusius.
Menurut bahan dari sebuah buku yang berjudul "Riwayat Hidup Laozi dan Hanfei—Shi Ji (Catatan Sejarah)", nama keluarga Laozi ialah Li, dan beliau diberi nama Er dan nama tambahan Boyang. Kampung halamannya di Qurenli, Pekan Li, Kaunti Ku, Negeri Chu.
Chu merupakan negeri yang penting di kawasan aliran sungai Yangtze. Kebudayaan negeri yang terletak di kawasan bagian tengah aliran sungai Yangtze ini pula merupakan komponen utama kebudayaan di kawasan sepanjang aliran sungai itu, selain kebudayaan Bashu di kawasan hulu dan kebudayaan Wuyue di kawasan hilir aliran sungai tersebut.
Laozi adalah seorang ahli falsafah dan pemikir yang paling cemerlang di kawasan aliran sungai Yangtze pada zaman purba.
Terdapat banyak peninggalan sejarah yang berkaitan dengan Laozi di Kaunti yaitu kaunti Luyi di Provinsi Henan pada masa ini, misalnya Dataran Laojun, Istana Taiqing, Istana Dongxiao, Gunung Yinyang dan Tapak Konfusius ketika bertanya tentang kesantunan dan budi bahasa.
Selain itu, Pagoda Peringatan Laozi yang tingginya 84.3 meter, dengan 19 tingkat yang baru saja dibangun di kaunti tersebut merupakan sebuah bangunan yang paling tinggi terdapat di seluruh negara Tiongkok.
Susur galur seseorang tokoh tersohor biasanya diwarnai dengan misteri. Laozi juga tidak terkecuali. Legenda-legenda yang berkaitan dengannya sudah disadur dengan banyak unsur mitos disebabkan beliau begitu disanjung oleh rakyat.
Menurut catatan beberapa buah buku sejarah seperti "Xin Tang Shu" (Buku Dinasti Tang Baru), nama keluarga nenek moyang Laozi ialah "Li" disebabkan mereka menyandang jawatan 'Da Li Guan" turun-temurun. "Da Li Guan" adalah ketua eksekutif yang bertanggungjawab dalam memimpin badan kehakiman.
Hui, ialah seorang daripada leluhur Laozi yang telah dijatuhi hukuman setelah beliau mengemukakan pendapat yang menyebabkan murka Raja Shang pada zaman Dinasti Zhou. Akibatnya, isteri dan anak Li Hui terpaksa melarikan diri, dan menderita sepanjang perjalanan kerana kekurangan makanan dan hanya bergantung pada buah plum saja. Kata "plum" dalam bahasa Mandarin terdiri daripada "木" dan "子" yang kebetulan membentuk perkataan "李", iaitu "Li".
Ayah Laozi dikenali sebagai Li Qian, keturunan Li Hui generasi ke-10. Beliau dikatakan mempunyai tanah seluas beberapa hektar, tetapi tidak pandai mengendalikan urusan kewangan.
Li Qian yang baik hati itu telah menikah dengan seorang gadis dari keluarga yang bernama Li juga. Puan Li cantik, murah hati dan selalu membantu mereka yang hidup dalam kemiskinan. Beliau pernah berkata kepada suaminya bahawa nama baik akan dikenang jika membantu mereka yang memerlukan bantuan. Setelah berbincang, pasangan suami isteri tersebut memutuskan untuk membagikan harta dan tanah mereka kepada orang miskin.
Tiak berapa lama selepas itu, Li Qian dikabarkan hilang setelah minum hingga mabuk ketika sedang menangani urusan di luar. Isterinya, Puan Li mengalami kesulitan ketika hendak bersalin. Beliau amat bimbang dan dikatakan pernah mengeluh sambil memegang perutnya, "Hari ini aku tunggu, esok pun aku tunggu juga. Sudah begitu lama, kamu masih belum keluar dari 'rumah'mu dalam perutku ini." Salam kebajikan
Bersambung ke : Bagian 2
Tidak ada komentar:
Write komentar