KEBAJIKAN ( De 德 ) - Konfusius telah menjelaskan sebuah perbandingan ketika memberikan pujiannya terhadap Laozi. Kata beliau, "Burung, aku tahu ia boleh terbang tinggi; Ikan, aku tahu ia boleh berenang di air yang dalam; Hewan, aku tahu ia boleh berlari dengan cepat. Tetapi, kesemuanya masih bisa ditangkap dengan menggunakan panah yang busurnya terikat benang sutera, dipancing dengan kail bertali dan diperangkap dengan jaring. Membandingkan dengan ketiga jenis hewan tersebut, naga jauh lebih hebat. Ia tidak dapat ditangkap, kerana ia mampu terbang tinggi ke angkasa. Itulah Laozi yang aku ibaratkan sebagai naga."
Kata-kata Kofusius tersebut tercatat dalam sebuah buku yang berjudul "Babak Tianyun—Zhuangzi".
Sebenarnya, Laozi dikenal sebagai ahli falsafah yang cemerlang bukan saja di Tiongkok, tapi bahkan di seluruh dunia. Contohnya, Ahli falsafah dari Jerman yang tersohor dan hidup pada abad yang lalu, Heidegger telah menunjukkan bahwa terdapat suatu kenyataan yang bersifat umum yang diajarkan oleh Laozi, yang dipercayai sama dengan yang terdapat pada tahap permulaan bidang falsafah di Barat. Selain itu, Akhbar A.S. "New York Times" telah memilih Laozi sebagai salah seorang daripada sepuluh orang penulis yang paling cemerlang di dunia, dari zaman purba hingga ke zaman moden.
Setelah meletakkan jabatannya dalam kerajaan dan kembali ke kampung halamannya, Laozi dikatakan hanya berminat untuk tinggal di tempat yang terpencil dan menumpukan perhatiannya dalam menulis buku. Tetapi, usahanya menjadi sia-sia ketika pada suatu hari rumah dan semua buku hasil karyanya habis dibakar oleh sekelompok perampok.
Setelah dilanda kemalangan tersebut, Laozi memutuskan untuk pergi mengembara ke barat. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bahan yang diperlukan beliau sebelum bertapa untuk kali terakhir nanti.
Untuk memulakan pengembaraannya ke barat, Laozi harus melalui Benteng Hangu sebelum menuju ke Negeri Qin. Kebetulan, Jenderal Ling Yinxi, panglima tentera yang bertempat di Benteng Hangu, amat menghormati Laozi. Jadi, beliau telah bersiap sedia selama beberapa hari untuk menyambut kedatangan Laozi ke tempatnya. Kemudian, beliau menjemput Laozi ke rumahnya. Di rumahnya, Ling Yinxi memberikan pelayanan yang istimewa kepada Laozi agar bisa membujuk ahli falsafah itu supaya memilih Benteng Hangu sebagai tempat tinggalnya.
Tapi bagaimanapun, Laozi tetap menolak tawaran Ling Yinxi itu kerana beliau tidak mau mengubah keputusannya untuk pergi mengembara ke Negeri Qin. Dengan demikian, Ling Yinxi terpaksa menerima keputusan tersebut. Namun, beliau terus berunding dan meminta Laozi menuliskan sebuah buku di Benteng Hangu sebelum bertolak ke Negeri Qin. Jika tidak, maka beliau tidak akan memberikan pas yang diperlukan untuk melewati pos pengawal di Benteng Hangu kepada Laozi.
Memandang keikhlasan yang ditunjukkan oleh Jenderal Ling Yinxi untuk belajar sesuatu padanya, maka sukar bagi Laozi untuk menolak tawarannya lagi. Maka, beliau pun dengan tabah dan tenang menerimanya. Dalam suatu waktu berikutnya, Laozi telah merumuskan sebuah pandangan dan pemikirannya dengan bersungguh-sungguh untuk membuat penyusunan buku yang teliti, akhirnya beliau berjaya menghasilkan sebuah kitab "Laozi".
Kitab "Laozi" yang terdiri dari kira-kira 5,000 perkataan itu, diikenal umum sebagai karyanya bagi negara yang cemerlang bagi bangsa Tiongkok dalam bidang kebudayaan. Salam kebajikan
Bersambung ke : Bagian 6
Tidak ada komentar:
Write komentar