Kitab Sanjak Shi Jing ( 詩經 ) adalah merupakan kumpulan Puisi Klasik yang merupakan salah sebuah daripada lima buah karya kumpulan sajak pertama yang paling terkenal dalam sejarah China yang merangkumi 305 buah sajak.
Sajak ini dihasilkan dalam tempoh 500 tahun yang bermula pada abad ke-11 sebelum Masehi sehingga sebelum abad ke-7 Masehi, Karya ini amat terkenal di seluruh negara China.
Kumpulan sajak ini terdiri daripada sajak-sajak yang dijadikan lirik lagu yang dinyanyikan sambil menari dengan diiringi alat muzik dan sangat populer. Kumpulan sajak ini terbagi dalam tiga bagian, yaitu lagu rakyat dari pelbagai tempat, puisi yang berkait dengan hal tentang kerajaan dan lagu yang berkaitan dengan pemujaan.
Penulis "Puisi Klasik" ini meliputi kumpulan pekerja dan bangsawan. Karya " Puisi Klasik" ini bukan hanya karya kumpulan sajak, tetapi merupakan kumpulan catatan budaya dari Dinasti Zhou, yang juga dijadikan buku teks kebudayaan yang digunakan oleh bangsawan dalam pendidikan di China dalam jangka masa yang begitu lama.
"Puisi Klasik" ini mempunyai pengaruh yang besar dan menggambarkan kepelbagaian kesusasteraan China dan meninggalkan banyak sajak kepada generasi selepasnya. Kandungan puisi ini meliputi pelbagai aspek kehidupan masyarakat China pada masa awal, seperti sajak-sajak yang mencerminkan pekerjaan, percintaan, peperangan, pemujaan, puji-pujian, ejek-ejekan, adat resam, perkahwinan, perkabungan dan lain-lain.
Karya "Puisi Klasik" ini merupakan warisan kesusasteraan China yang berharga dan mempunyai pengaruh yang besar kepada kesusasteraan China selanjutnya.
Jika anda merasa artikel ini bermanfaat dan menurut Anda bisa mengilhami orang untuk menjadi baik dan berbuat kebajikan, maka anda dipersilahkan untuk mencetak dan mengedarkan semua artikel yang dipublikasikan pada Blog Kebajikan ( De 德 ) ini. Mengutip atau mengcopy artikel di Blog ini harus mencantumkan Kebajikan ( De 德 ) sebagai sumber artikel.
Tidak ada komentar:
Write komentar