|
Welcome To My Website Kebajikan (De 德)......KEBAJIKAN ( De 德 ) Mengucapkan Xin Nian Kuai Le (新年快乐) 2571 / 2020...Xīnnián kuàilè, zhù nǐ jiànkāng chángshòu, zhù nǐ hǎo yùn..Mohon Maaf Blog ini masih dalam perbaikan....Dalam era kebebasan informasi sekarang, hendaknya kita dapat lebih bijak memilah, mencerna dan memilih informasi yang akurat. Kami menempatkan kepentingan pembaca sebagai prioritas utama. Semangat kami adalah memberikan kontribusi bagi pembaca agar dapat meningkatkan Etika dan Moral dalam kehidupan serta meningkatkan Cinta kasih tanpa pamrih pada sesama baik dalam lingkup lingkungan sekitar maupun lingkup dunia dan menyajikan keberagaman pandangan kehidupan demi meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap kehidupan. Tanpa dukungan Anda kami bukan siapa-siapa, Terima Kasih atas kunjungan Anda

Jumat, 10 Februari 2012

Wang Chong ( 王充 ), Ahli Falsafah Materialisme

 

Pada zaman purba, falsafah Confucius sentiasa menempati kedudukan utama dalam kalangan falsafah di China. Walaupun demikian, falsafah Confucius tidak mementingkan kajian terhadap topik-topik ilmiah alam, malah pengagasnya Confucius juga tidak mahu menjawab persoalan tentang apakah benar-benar terdapat dewa dan syaitan.

Selepas falsafah Confucius ditetapkan oleh pemerintah sebagai falsafah yang dominan di China sejak 2000 tahun yang lalu, perkembangan falsafah materialisme pada zaman purba China telah tersekat.
Hal ini menyebabkan ahli falsafah materialisme dan ateis yang terkenal semakin berkurangan bilangannya dalam sejarah purba China. Wang Chong merupakan salah seorang ahli falsafah meterialisme dan ateis yang terkenal dalam sejarah China.

Beliau dilahirkan pada kira-kira tahun 27 Masihi. Sejak kecil lagi beliau merupakan seorang yang sangat cerdik. Wang Chong dapat menghafal dengan lancar kitab-kitab falsafah yang susah difahami seperti "Lunyu" dan "Shangshu". Semasa berumur 15 tahun, beliau pergi ke bandar Luoyang, ibu negera China pada zaman itu untuk melanjutkan pengajian menelaah kitab-kitab falsafah Confucius secara sistematik.

Pada zaman itu, fahaman idealisme dan tahayul menempati kedudukan yang dominan. Orang ramai mempercayai bahawa maharaja dan golongan bangsawan diutuskan oleh Tuhan dan bertindak berdasarkan teori bahawa orang ramai mesti mematuhi maharaja dan berpekerti mulia. Teori tersebut telah digubal oleh golongan ahli falsafah Confucius yang berkhidmat kepada kaum pemerintah. Wang Chong telah menulis banyak artikel yang membantah teori itu.

Pemikiran Wang Chong meliputi dua bahagian utama. Bahagian pertama ialah fahaman alam materialisme. Walaupun Wang Chong masih tidak dapat menjelaskan pembentukan kosmos dan hukum operasinya, tetapi beliau dengan tegas menunjukkan bahawa kewujudan dan operasi langit dan bumi merupakan hukum objektif dan tidak bergantung kepada kesempurnaan manusia. Manusia seharusnya menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan alam. Pemikiran itu telah membelakangi pemikiran ortodoks yang menganggap bahawa kuasa maharaja adalah amat berkuasa dan telah melahirkan pengaruh yang besar dalam sejarah China.

Fahaman alam materialisme bukan baru diperkenalkan untuk permata kali oleh Wang Chong, tetapi telah diperkenalkan oleh ahli falsafah terkenal China seperti Laozi, Hangfeizi, Mozi dan Xunzi pada tempoh abad ke-6 hingga abad ke-4 sebelum Masihi. Wang Chong hanya mewarisi dan mengembangkan fahaman tersebut.

Bahagian kedua pemikiran Wang Chong ialah fahaman ateisme. Pada zaman itu, orang ramai mempercayai bahawa maharaja ialah anak cucu Tuhan. Maharaja mendominasi manusia berdasarkan arahan Tuhan dan bencana alam merupakan hukuman Tuhan terhadap manusia. Wang Chong telah membantah fahaman itu. Beliau berpendapat, bencana alam merupakan gejala alam dan bukan apa yang disebut hukum Tuhan terhadap manusia. Beliau juga turut menafikan kenyataan tentang orang akan berubah menjadi syaitan selepas meninggal dunia. Beliau menganggap, manusia mempunyai hakiki alam yang sama dengan binatang, binatang tidak dapat berubah menjadi syaitan setelah mati dan sama halnya juga dengan manusia yakni tidak akan berubah menjadi syaitan selepas meninggal dunia.

Wang Chong berusaha membuat penjelasan berdasarkan pendirian materialisme tentang perkembangan sejarah, perubahan moral, kekayaan dan kemiskinan masyarakat serta hidup dan mati, perbezaan kedudukan manusia dan lain-lain. Walaupun fahaman materialisme Wang Chong masih merupakan fahaman materialisme peringkat awal, tetapi fahamannya telah melahirkan pengaruh besar terhadap perkembangan fahaman ateisme dan materialisme dalam sejarah China.

Wang Chong telah menulis banyak buku, tetapi yang terwujud pada masa sekarang hanyalah "Tentang Keseimbangan". Buku itu terdiri daripada 30 jilid dengan lebih 300 ribu perkataan China. Fahaman falsafah utama beliau tercakup dalam buku itu.

Tidak ada komentar:
Write komentar